If we decide to jump , we will fall .
If we decide to stay ,we will be useless .
so the point is ..we need to try something new in our live ..without being sellfish
let me speak in malay okay??
Ramai yg sedar dunia ini sudah sampai tahap klimaks nye ...ramai yg sedar akan perkara ini ..tetapi masih lg tertimbus dlm keseronokan dunia ..bukan nak mengata org lah ,,tp saya pun begitu juga ...hehe ;D
merasai kesan sampingan di Gaza..oleh itu marilah kita berdoa untuk mereka ..kerana hanya ini yg mampu kita sumbankan ..maafkan lah kami Gaza ..
KEADAAN DI GAZA SEMAKIN GANAS, KANAK-KANAK MENJADI MANGSA
MO,GAZA,20/11/2012 – Mereka kata Mohammed masih hidup! jerit Khalil al-Dallu ketika penyelamat menarik mayat seorang pemuda dari sebuah kediaman musnah dek serangan udara Israel.
Seramai 29 lagi penduduk Gaza maut lewat kelmarin hingga semalam ketika operasi Israel masuk hari ke-6 yang digelar Pillar of Defence (Operasi Tunjang Pertahanan).
Khalil mengalirkan air mata apabila dimaklumkan bahawa sepupunya itu antara enam ahli keluarga al-Dallu yang maut selepas peluru berpandu Israel menggegarkan kawasan kejiranan Nasser, meruntuhkan kediaman tiga tingkat mereka.
Keluarga kami syahid! tangis beliau ketika mayat Mohammed al-Dallu dimasukkan ke dalam ambulans.
Apa dosa kanak-kanak dan bayi ini, Israel? jerit beliau. Sebelas mayat ditarik dari runtuhan bangunan itu dan kawasan sekitar.
Mayat isteri Mohammed, Suheila juga ditemui selain lima anak mereka, Jamal, Sara, Yussef, Ranin dan Ibrahim.
Mayat seorang wanita lain yang juga ahli keluarganya turut ditarik keluar. Serangan turut membunuh dua lagi jiran mereka dari keluarga Muzzana iaitu Amina Mattar, 83 dan Abdullah Mohammed, 22.
Bapa Mohammed, Jamal dan anak lelakinya, Abdullah, 17, terselamat. Ketika serangan mereka keluar membeli makanan.
Bapa Mohammed, Jamal dan anak lelakinya, Abdullah, 17, terselamat. Ketika serangan mereka keluar membeli makanan.
Jamal sekadar mampu bersandar pada tiang elektrik sambil saudaranya memenuhi kawasan sekitar ketika cebisan mayat cucunya dikutip di kawasan yang pernah menjadi kediaman mereka.
Dalam keadaan yang hampir histeria kerana terlalu marah dan sedih, Ibrahim menjerit: Jangan beritahu abangnya Abdullah. Trauma akan membunuhnya! Abdullah, 26 pada masa ini belajar di Turki dalam bidang perubatan.
Di Ramallah, pergerakan Fatah dan Hamas memutuskan untuk bersatu ketika krisis berlangsung di Gaza.
Sesiapa yang kata kami tidak bersepakat adalah penjenayah mulai hari ini, kata pemimpin kanan Hamas, Mahmud al-Ramahi ketika 1,000 orang berhimpun membantah keganasan Yahudi.
Mulai sekarang, kami umumkan tiada lagi perpecahan, kata pegawai kanan Fatah, Jibril Rajoub. -AFP
( Dipetik daripada Berita Harian)
saya akan mencari lg isu isu yg patot diberikan di sini .bagi menambahkan ilmu dan keimanan kita sebagai umat IsLam .. ..assalamualaikum . !
